SK Seri Taman Kluang Barat (JBA2055)

SK Seri Taman Kluang Barat, Jalan Teknologi 8, Taman Kluang Barat, 86000 Kluang, Johor.

Tuesday, 8 May 2012

Lawat YM Dato Sharifah Azizah Binti Dato' Syed Zain semasa Mesyuarat Agong PIBG


           


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat da Negara.
          





Falsafah Sekolah

Berusaha ke arah melahirkan insan berkualiti, cemerlang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum serta menghayati dan memuliakan institusi keluarga, bangsa dan agama.




 


Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.




Misi
                        
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan  Berkualiti.




Matlamat

Melahirkan pelajar yang berilmu dengan pencapaian kelulusan UPSR 100% dengan mutu pengajaran dan pembelajaran yang tinggi pada tahun  2012.



 


Objektif

  1. Menjadi sekolah cemerlang dalam kuriklulum dan kokurikulm selaras bagi daerah Kluang pada tahun 2011.
  2. Menjadikan keputusan peperikaan UPSR daripada 68.3% kepada 95% pada tahun 2011.
  3. Meningkatkan  kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan 3 kali kursus profesional dalaman  pada setiap tahun.
  4. Membangunkan sepenuhnya potensi pelajar, guru dan kakitangan dari segi sahsiah,minat, kreativiti dan kepimpinan.
  5. Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

 

Cogankata

“BERILMU, BERAKHLAK, BERBAKTI”

Membawa maksud semua warga SK Seri Taman Kluang Barat memiliki ketinggian ilmu dan kemuliaan akhla k menuju ke arah kecemerlangan dalam melahirkan insan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.