Falsafah Pendidikan Kebangsaan
‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat da Negara.
Falsafah Sekolah
Berusaha ke arah melahirkan insan berkualiti, cemerlang
sahsiah, kurikulum dan kokurikulum serta menghayati dan memuliakan institusi
keluarga, bangsa dan agama.
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.
Matlamat
Melahirkan pelajar yang berilmu dengan pencapaian
kelulusan UPSR 100% dengan mutu pengajaran dan pembelajaran yang tinggi pada
tahun 2012.
Objektif
- Menjadi sekolah cemerlang dalam kuriklulum dan kokurikulm selaras bagi daerah Kluang pada tahun 2011.
- Menjadikan keputusan peperikaan UPSR daripada 68.3% kepada 95% pada tahun 2011.
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dengan mengadakan 3 kali kursus profesional dalaman pada setiap tahun.
- Membangunkan sepenuhnya potensi pelajar, guru dan kakitangan dari segi sahsiah,minat, kreativiti dan kepimpinan.
- Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Cogankata
“BERILMU, BERAKHLAK, BERBAKTI”
Membawa maksud semua warga SK Seri Taman Kluang Barat
memiliki ketinggian ilmu dan kemuliaan akhla k menuju ke arah kecemerlangan
dalam melahirkan insan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment